Anonymous
6 tahun
Diet untuk Pesakit Diabetes Kidney Diseases
Apakah diet untuk pesakit DKD (tahap 5) yang belum menjalani dialisis? Doctor yang merawat tidak memberikan panduan diet untuk pesakit buah pinggang yang disebabkan oleh kencing manis. Bolehkah mengambil sumber protein daripada tumbuhan seperti tofu/tauhu/tempe dan mengelakkan sepenuhkan sumber daripada haiwan ? Bagaimana pula untuk meningkatkan haemoglobin ? Bolehkan pesakit mengambil supplement protein & iron dan berapakah dosage ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Stage 5 adalah kidney failure yang mana menggambarkan bahawa perbandingan fungsi buah pinggang anda adalah kurang 15% berbanding orang normal.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada buang air besar, buah pinggang manusia juga adalah merupakan organ perkumuhan. Buah pinggang berfungsi untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah, meregulasi tekanan darah, mengimbangkan elektrolit badan (contohnya Potassium K+ daripada pisang) serta memproduksi hormon untuk membentuk sel darah merah. Buah pinggang bekerja dengan menapis darah yang kotor dan mengeluarkan kotoran melalui air kencing.
Justeru, apabila buah pinggang rosak, kesemua fungsi buah pinggang yang tersebut diatas juga tergendala. Maka, sebaiknya anda tidak mulai mengkonsumsi supplemen tanpa cadangan atau nasihat dari doktor anda. Biasanya doktor akan memberikan ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah kurang darah yang terjadi pada pesakit dengan buah pinggang rosak.
Merujuk kepada diet, sebaiknya anda mendapat rujukan untuk berbincang dengan nutritionist ataupun dietition tentang setiap makanan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang. Sebagai kunci utama, adalah untuk mengelakkan makanan yang mengandungi mineral (potassium, K; Phosphorus, P dan lain-lain) tinggi seperti makanan terproses yaitu makanan dalam tin, makanan tinggi garam, makanan segera. Elakkan juga makanan tinggi protein, sebaliknya pilihlah makanan rendah protein agar beban kerja buah pinggang tidak terlalu berat. Sebaiknya juga adalah mengamalkan diet seimbang yang makanan yang terdiri atas semua kelas makanan dalam kuantiti yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































