Sulit
4 tahun
Discharge berwarna kuning, cair dan berbau
Salam,doc…sy baru lepas bersalin dan telah habis berpantang 44hari,dimane 20/3/20 adalah hari pertame sy period,pd 28hb/3/20 sy dapati ade cairan berwarna kuning dan berbau pd miss v sy…mulenye sy ingat sisa air kencing sy,tapi ianya berlarutan sehingga harini…dan untuk makluman doc,sy dapati bhgian jahitan pd miss v sy(bhgian luar) tras3 pedih sikit dan sy meletakkan minyak gamat sikit pd jahitan luar miss v tsbut…adekah itu pnyebab cairan kuning dan miss v sy berbau? Atau dah terkena jangkitan kuman??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh mungkin boleh disebabkan jangkitan pada jahitan anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mendaaptkan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.