
alifnazmynamy63
2 tahun
Dislokasi tulang bahu
Saya berumur 18 saya mengalami bahu dislokasi dan kini telah masukkan ke tempat tempat asal sudah seminggu lalu, tetapi kenapa bahu yang dislokasi tersebut selepas disambung kelihatan nya agak tinggi dari bahu normal sebab apa yaa doktor?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Tulang bahu yang teralih berlaku apabila tulang lengan anda terkeluar daripada soket bahu. Bahu mempunyai salah satu sendi yang paling mudah untuk dislocate kerana sambungan bola lengan duduk di soket yang sangat cetek. Ini menjadikan lengan mampu bergerak ke banyak arah, tetapi juga bermakna ia tidak begitu stabil. Dalam sesetengah kes, tisu di sekeliling yang menyokong sendi bahu juga boleh terkoyak.
Bahu yang teralih mengambil masa antara 12 dan 16 minggu untuk menyembuhkan selepas bahu telah dimasukkan ke dalam soket semula.
Masalah ini boleh berlaku jika anda jatuh atau jika anda:
- ada mengangkat berat berlebihan
- aktif bermain sukan seperti ragbi
- pernah mengalami kecederaan semasa bersukan
- mempunyai sendi fleksibel/longgar.
Bagaimanapun saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor di talian untuk konsultasi mengenai bahu yang tidak sama paras. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih