Sulit
3 tahun
Doktor dalam Masa bebrp Hari ini saye kerap mengigil,sakit kepala dan mual² ini terjdy selepas magrib Dan akan baik balik sebelum subuh. Boleh saye dptkan keterangan Dan langkah yng bole saye ambik
Doktor dalam Masa bebrp Hari ini saye kerap mengigil,sakit kepala dan mual² ini terjdy selepas magrib Dan akan baik balik sebelum subuh. Boleh saye dptkan keterangan Dan langkah yng bole saye ambik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang badan menggigil.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Demam
- Jangkitan kuman dalam badan
- Kekurangan glukosa dalam darah-anda mungkin kurang makan atau menggunakan banyak tenaga lebih daripada yang diperoleh daripada makanan
- Ketidakseimbangan elektrolit-akibat dehidrasi
- Terlebih kafein
- Keresahan
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Saya tidak boleh menyimpulkan dengan tepat tentang kondisi anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan di klinik atau hospital. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah ini berpanjangan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.