
Anonymous
5 tahun
Doktor sahkan pregnant 8 minggu, tiba tiba period a few days selepas pengesahan
Saya mempunyai masalah period tidak teratur. Saya telah lambat dtg period lebih kurang 3 minggu. Selepas itu saya check pada seluar saya terdapat tompokan darah yg pada mulanya saya ingatkan period. Tetapi pada keesokan harinya masih hanya tompokan coklat sahaja. Sebelum ni, kalau hari kedua saya period darah tersebut akan terus byk. Jadi saya ambil keputusan utk berjumpa dr. Kemudian dr suruh saya membuat test air kencing & mendapati saya POSITIF pregnant. Tetapi 3 hari selepas itu, darah keluar lebih byk drpd tompokan darah sblm ini, memenuhi pantiliner. Saya berjumpa dgn dr berkaitan dgn masalah ini. Dr nasihatkan supaya tunggu dlm 1 minggu, sekiranya darah tidak berhenti terus berjumpa dgn dr. Skrg darah masih byk, sama seperti darah period. Dan saya melakukan upt test sekali lagi & menunjukkan double line, which is positiev. Adakah org pregnant period semasa pregnant? Apa yg harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi kes anda, wanita mengandung tidak akan keluar darah haid.Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.