
Sulit
5 tahun
Doktor saya di dalam masalah anak saya di rogol dan dia masih bawah umur
pengakuan di buat pelaku sendiri doc(perasaan marah mmg tidak dapat di sorokkan habis kami pukul dia)tetapi atas factor dia ingin berubah jadi kami sedang memikirkannya untuk beri peluang
kalua anak saya pergi ke klinik adakah saya mesti membuat report juga atau pihak klinik yg akan membuatnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke Bahagian Kecemasan hospital kerajaan yang terdekat bagi melaporkan kes ini kepada doktor. Selepas itu, anda juga dinasihatkan untuk membuat laporan polis kerana hal ini adalah berkaitan dengan kes jenayah dan sekiranya tidak dilaporkan, anda boleh disabitkan dengan jenayah bersubahat. Manakala untuk anak anda pula, anda boleh menghubungi talian Nur atau mendapatkan nasihat selanjutnya dari doktor dan pihak polis. Sekian.