Forum Kesihatan
#1 Malaysia

(Dr nur shuhada binti zulkifli) berkaitan nyeri bawah tulang belakang

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 2:14 AM

Sulit 20 hari

dokter lebam kat (SULBI) tu dah lama dah tak sembuh sembuh drpd awal thun bulan 1/2, lagi keluhan saya ialah adakah saraf tulang belakang berkaitan dngan perut sebab saya dah lama rasa sakit/nyeri perut sejak sebelum puasa lagi MOHON PENJELASAN DOKTER

Dr Sashini Seeni 20 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saraf tulang belakang merupakan ‘akar tunjang’ yang mengeluarkan ‘akar-akar’ saraf yang lain. Oleh itu, memang jawapannya , ya, saraf tulang belakang berkaitan dengan perut. Sekiranya tercedera semasa kejadian anda jatuh, anda akan mengalami masalah yang lebih serius berbanding sakit gastritis. Sakit perut akibat gastritis memang boleh datang kembali sekiranya punca anda mengalami gastritis tidak dibendung. Anda mungkin sering berlapar, terlalu banyak makan pedas, terlalu stress dan sebagainya. Untuk masalah lebam yang anda nyatakan, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor berdekatan untuk mengesahkan adakah ianya memang lebam atau bukan kerana anda sudah mengalaminya semenjak awal tahun.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 02:14:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Perut dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Pagi dok , sakit perut dan kawasan abdomen tak sembuh sembuh dok saya ada bengkak kat tulang ekor , soalan saya bolehkah tulang ekor yang bengkak/lebam boleh menyakitkan perut (MOHON PENJELASAN DOK) TERIMA KASIH Baca lagi...
14 hari
Sulit
Selalu rasa tak selesa dalam perut Saya ada masalah gastrik yg lama. Bulan puasa berpuasa tiada masalah. Masalah bermula bermula apabila raya pertama saya makan banyak, sate,pulut dan rendang. Lepas tu perut saya rasa macam ta… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Pengesahan bacaan darah hello doktor, Apakah yang di maksud kan ESR 43 ? Adakah ia normal bacaan? Apakah normal bacaan pada ujian darah pada seseorang? saya selalu berasa pedih perut lepas makan. apakah punca nya. Baca lagi...
7 hari
josepsamueltony
Bilurin tinggi dalam hati Doktor saya ada pergi ke hospital sebab saya tasa perut saya belah kanan ada sakit di sebelah atas.dan saya pergi buat untra sound untuk mahu tahu apa masalah.dalm saya punya scan ada fatty liver dan … Baca lagi...
19 hari
Sulit
Sakit perut , kaki lenguh , badan panas dalam Hi, sy mengalami sakit perut , kaki lenguh dan badan panas dalam selain itu sy sering terkentut. Maya sy juga terasa pedih Baca lagi...
9 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi