
Sulit
3 tahun
Dua bulanlebih tak haid
Sy wanita umur 28 tahun mempunyai 3 org anak yg kecik 3 tahun lebih,sy ada pergi mengambil vaksin tetapi di cancel di sebab kan sy xdtg haid selama 2 bulan lebih dan doktor membuat test pregnant terhadap sy ,dan results positive, sebelum nie sy tidak tahu hamil di sebabkan sy mmg haid tidak teratur biasa jadi 2 bulan baru dtg haid, so sy ada termakan nenas mahu pun durian buah yg tajam,so lepas sy makan buah nenas dalam 2 hari bgtu pinggang blog sy sakit dan pada ke esokan hari ada kuar darah,bnyak jgk tp sekejap lepas tu xda then sy rasa sakit senggugut mcm pridod tp darah kuar sekejap…ada sy tanda2 gugur?? So hari ini sy just tunggu kalau ada darah kuar lg, sy takut nak ke hospital takut kenak tahan kenak2 lg covid19 nie,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, datang haid selepas UPT positif boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kehamilan tergugat, keguguran, jangkitan saluran kencing, jangkitan pada kemaluan dan lain
Untuk mengenal pastikan kandungan anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut seperti imbasan ultrasound dan lain. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu Dan Anak (Obstetrician).