
Sulit
4 tahun
Echogenic foci in lv heart after details scan in 24w
Sono mendapati terdapat foci. Tp organ lain normal dan juga jarak mata dan hidung juga normal. Adakah kecederungan utk dpt anak syndrome down? Dan juga telah direfer kpd pakar foci masih ade lg.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, echogenic foci merupakan variasi yang normal yang boleh berlaku dalam setiap bayi dalam kandungan. Secara amnya, echogenic foci tidak menyebabkan masalah pada fungsi jantung. Kebiasaannya echogenic foci akan hilang pada trimester ketiga tapi ada kes di mana ia masih boleh dijumpai melalui imbasan.
Jika anda bimbang tentang Down Syndrome, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan konsultasi dan langkah seterusnya. Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan masalah pada genetik.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.