
nfatin8887
5 tahun
Echogenic foci pada bayi dalam kandungan
saya baru sahaja membuat pemeriksaan detail scan…sy dapati kandungan sy have an echogenic foci in left vertical…namum sonighraphy maklumkan itu hanya soft muscle n mayb boleh memberi mslah pd jntung bayi jika smkin besar…namun brdasrkan bacaan sy…ia mrpakan tnda janin x normal…adakah itu benar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang janin anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi kami mengupas lebih lanjut mengenai ini.
Tidak dinafikan bahawa echogenic foci mungkin tanda kepada penyakit tertentu. Namun secara amnya, echogenic foci tidak semestinya patologi dan mungkin hanya perkara normal. Terdapat banyak faktor lain yang harus diambil kira untuk memutuskan bahawa echogenic foci tersebut adalah tidak normal. Saya percaya, jika ianya tidak normal doktor akan memberitahu puan dengan lebih lanjut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang anda hadapi amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.**