
zarina.ramli
5 tahun
Efek pembedahan sinus dan tonsil
Saya baru 2 bulan menjalankan pembedahan sinus dan tonsil. Efel dari itu, tekak cepat kering, kurang deria rasa dan tak dapat hidu apa2 bau. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Sakit tekak setelah operasi tonsilektomi boleh timbul disebabkan oleh pembengkakan dan pembentukan parut di tempat lokasi operasi. Ia dapat mengambil masa selama dua minggu hingga satu bulan. Antara yang boleh dilakukan adalah:
- Mendapatkan ubat batuk daripada doktor
- Mengambil makanan lembut
- Pastikan minum air dengan cukup agar tidak terjadi dehidrasi
Namun, melihat kepada gejala yang anda alami berupa tidak dapat menghidu bau, anda digalakkan untuk merujuk kembali doktor anda. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.