
pipitadanials07
5 tahun
Efek samping Suntikan perancang
Assalamualaikum doc, sy seorang suri rumah tangga berumur 36thn dan br lepas bersalin anak ke 4 pada bulan dec 2018, lepas nifas sy tak mari haid lagi, sampai lah sy putuskan nak ambil perancang secara injection, sy ambil pada akhir bulan 4, dan pada 18hb mei sy datang haid, tapi darah yg keluar masih berupa flek sahaje, pada hari ke 4haid, darah yg keluar sarah segar berwarna merah. Dan pada hari ke 6, sy terkejut, sebab ada ketulan seperti lemak ayam padat bercampur dgn darah beku yg keluar. Biasa nya kalau saya haid, pada hari ke6 dah tinggal flek saje, tapi ni darah masih merah segar, tapi setiap x saya tukar pad, darah memang xbanyak, cuma berwarna segar. Mohon pencerahan dr dokter, sebab sy daj rasa runsing sanagat2, saya ucapkan banyak terima kasih sebelum nya utk dokter2 yg membantu menghilangkan kerunsingan dan kerisauan saya. Wassalam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham akan kebimbangan anda. Gejala anda mungkin disebabkan oleh:
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima Kasih.