
Sulit
4 tahun
Effect dari pengambilan ubat carbimazole?
Hi. Saya seorang penghidap hyperthyroid sejak 2018. Dan telah pun stop ambil carbimazole atas nasihat doctor kerana paras t4 dan tsh saya sudah pun normal dalam jangka masa yg lama. Saya dapati sejak saya berhenti ambil carbimazole, saya mengalami gatal-gatal satu badan dan akan tumbuh biji-biji ruam sekiranya digaru dan ruam tersebut tidak akan hilang.
Adakah berhenti pengambilan ubat carbimazole mmg punca saya gatal-gatal?
Bagaimana saya nak atasi gatal-gatal ruam seperti dinyatakan di atas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, ubat ini juga sama seperti ubat-ubat yang lain di mana ia mempunyai kesan sampingan. Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- demam
- perut tidak selesa
- ruam kulit
- sakit kepala
- menganggu deria rasa
- sakit pada sendi-sendi
Namun begitu, bagi mendapatkan kepastian tentang punca sebenar kejadian ruam dan gatal, disarankan untuk anda ke klinik ataupun hospital agar pemeriksaan menyeluruh dapat dilakukan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Ketahui tentang penyakit hipertiroid dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.