
Sulit
3 tahun
Effect vaksin, demam dan keluar ruam jadi gatal2
Saya pfizer 2nd dose pada 08/08/21. Kesan yg saya dapat adalah demam (sakit kepala + badan panas dalam), esoknya lepas cucuk 1 badan panas, jari kaki sejuk dan sakit kepala. Dan next2 day panas badan ni mcm on off kadang tu panas kejap, tapi dalam sehari tu mesti badan ada rasa panas. Yg masalahnya sekarang, badan saya keluar ruam dari hari ketiga sampai sekarang hari ke 6. Tido malam pun tak lena dok gatal2.
Saya faham ruam ni keluar sebabkan panas dalam badan. Jadi adakah ni normal utk proses baik dari demam yg effect dari vaksin? Saya tak tahan lorhh ruam ni bila keluar dia gataiiii. Help me, thanks doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan sering dilihat selepas pengambilan vaksin Covid-19. Antara kesan sampingannya adalah :
- Demam
- Mengigil
- Sakit badan
- Sakit kepala
- Ruam (jarang)
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Anda memaklumkan bahawa anda mengalami ruam pada badan. Kami tidak dapat memberikan kepastian sama ada ia adalah perkara yang normal tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan. Ruam anda boleh berpunca daripada :
- Jangkitan pada kulit
- Dermatitis akibat alahan
- Badan panas
- Demam denggi
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan untuk menangani masalah ini. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kulit kami supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini