Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ekzema pada kaki saya

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 3, 2019 1:39 PM

Anonymous 16 bulan

saya wanita 20 an. saya menghadapi ekzema yang teruk pada bahagian kaki sehingga mengganggu aktiviti harian dan kerja saya… sehingga sukar berjalan akibat terlalu sakit. saya rawatan pakar skin dah berapa tahun tapi langsung tiada perubahan. bila malam terlalu gatal. hmm tolong saya doktor. bagi saya jalan untuk sembuh. saya dah tak tahan lagi.

Dr Sri Viknarajan 16 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk pengetahuan anda, ekzema boleh berlaku di mana-mana pada badan anda dan semua orang, tidak kira usia boleh menghidapinya.

Simptom yang paling ketara adalah kegatalan pada kulit yang terjejas. Kegatalan selalunya mendahului ruam yang akan terbentuk. Ruam ekzema selalunya dilihat pada kawasan muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan kaki. Ekzema boleh juga berlaku di tempat lain.

Tempat terjejas selalunya akan menjadi sangat kering, tebal, atau rasa bersisik. Pada kulit yang cerah, tempat terjejas akan menjadi merah dan lama kelamaan akan menjadi perang.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema suar kembali. Antaranya, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, pendedahan kulit pada bahan kimia tertentu dalam sabun mandi atau sabun pencuci. Ekzema juga boleh dicetuskan jika anda demam atau batuk.

Adalah dinasihatkan untuk pesakit selalu melembapkan kulit mereka dengan losyen atau emollients. Gunakan ‘cold compact’ jika anda tidak tahan gatal. Doktor anda boleh memberi anda preskripsi untuk krim atau ubat makan.

Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jul 03 2019 13:39:58 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang ekzema secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Mengenai anak ekzema Anak saya umur 3 tahun mengalami ekzema dari baby lagi tapi beransur pulih dan sekaranv ekzema yer ade lagi pemakanan dyer saya jaga dan sabun lotion saya pakai organik mula2 berkesan tapi sekra… Baca lagi...
18 hari
Anonymous
Ekzema pada kaki saya saya wanita 20 an. saya menghadapi ekzema yang teruk pada bahagian kaki sehingga mengganggu aktiviti harian dan kerja saya… sehingga sukar berjalan akibat terlalu sakit. saya rawatan pakar skin dah be… Baca lagi...
16 bulan
Anonymous
Allergic atau eczema Anak saya berumur 6 tahun mempunyai radang kegatalan di bahagian leeher,telinga ,kepala,pelipatan lutut dan lengan,badan serta muka.saya risau ia sebenarnya penyakit apa Baca lagi...
20 bulan
Vince
Adakah orang dewasa boleh terkena ekzema Hai doktor, Adakah org dewasa boleh terkena ekzema?ekzema boleh kena dekat celah2 tempat sulit ke? Baca lagi...
22 bulan
ismanorfahmi
Eczema di tapak kaki dan pergelangan buku lali Saya mengalami exzema di tapak kaki dan pergelangan buku lali kaki kiri dan pernah mencuba ubat Cap Kaki Tiga, ianya menjadi lebih teruk. Kemudian semasa di Bucharest, Romania, saya ada membeli Diprog… Baca lagi...
15 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!