Sulit
3 tahun
Ruam/gatal pada badan
Saya mengalami ruam pada badan, tangan se
Hi doktor.Sebelum ini,saya diberitahu oleh Doktor(klinik yg lain) bahawa saya mempunyai ekzema dan jangkitan kulat pada betis/kaki saya. Selepas sebulan,kaki saya kembali mengalami masalah gatal/ruam. Pada 28/3/2020, saya ttelah ke klinik pakar kulit bagi mendapatkan rawatan.Doktor tersebut memberitahu bahawa saya mengalami ekzema. Ubatt yg diberikan adalah Antamin,Prednisolone dan Roxitthromycin 150mg.setelah antibiotik tersebut habis(antamin&pred masih makan),badan saya gatal2 dan seperti terbakar manakala tangan saya dipenuhi ruam2.Apakah yang perlu saya lakukan; berhenti makan ubat atau bagaimana?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal dan kering yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.