
Sulit
5 tahun
Emosi tak stabil, kurang berminat dengan seks dan badan mudah letih
Hi doktor. Saya ibu 2 orang anak. Semenjak lahirkan anak pertama, saya mudah rasa marah,sedih. Emosi jadi tak menentu. Kadangkala untuk hal yang kecil pun saya akan rasa sangat marah. Lepas few seconds saya boleh terus jadi ok.
Badan saya mudah rasa penat. Sometimes tak buat kerja berat, tapi badan rasa sangat letih.
Dan lagi 1 yang saya sedar, saya kurang berminat untuk perhubungan seks dengan suami.
Sekarang anak kedua dah berumur 2 tahun 10 bulan. Saya rasa makin mudah marah,mudah rasa sedih selepas marah sebab menyesal.
Kenapa ye doktor? Mental saya yang bermasalah atau ia ada kaitan dengan perubahan hormon?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kemurungan
- Masalah hormon seperti penyakit Cushing
- Stres - akibat kepenatan, kurang komunikasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor kesihatan atau doktor psikiatri. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.