Sulit

2 tahun

Emosi Terganggu. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari doktor sendiri berkenaan situasi semasa saya. Adakah saya masih boleh atasi sendiri keadaan saya atau bagaimana? Apakah nasihat doktor kepada saya?

Saya wanita. Seorang Isteri. Seorang ibu. Ada ank lelaki seorang berusia satu tahun dua bulan. Surirumah.

Saya dapati diri saya sangat mudah tersinggung. Secara tak lansung ia terzahir pada perbuatan, seperti menghempas pintu, buat kerja hempas2 barang. Sepertinya protes mungkin?

Kemudian saya akan rasa bersalah kalau melibatkan pasangan dan ank. Lantas segera minta maaf.

Kadang kadang saya pun pelik kenapa saya seperti itu? Kemudian mudah sangat menangis. Saya juga sedar, saya seperti ada ego jugak. Kalau ada orang menasihati/tegur/melawak kasar saya mudah tersinggung dan marah dalam diam.

Entah. Saya sendiri sukar nak gambarkan perasaan dan emosi saya.

Saya pernah buat ujian DASS online 2 kali. Pertamanya normal semuanya kecuali level kemurungan - sederhana/ringan.

Kali kedua buat ujian DASS keputusannya normal juga kecuali pada level kemurungan dan tahap tekanan - ringan/sederhana

Harap doc dapat membantu sedikit sebanyak

Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu anda sebaik mungkin.

Masalah berkaitan dengan emosi adalah sesuatu perkara yang agak rumit dan sering dilihat terutamanya pada waktu wabak covid ini. Ia boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental atau masalah kesihatan fizikal.
Antara penyebab anda sedang mengalami gangguan emosi adalah :

  • Stres
  • Masalah keresahan (anxiety)
  • Kemurungan
  • Bipolar disorder
  • Masalah tiroid

Gangguan emosi perlu disiasat bagi mengetahui puncanya dan perlu dirawat secepat mungkin. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada professional perubatan agar anda boleh segera dibantu.

Anda juga boleh menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 jika anda ingin berkongsi masalah anda secara percuma dan sulit.

Anda juga berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan; doktor.

jacqueline-munguia-1pAwJiCD60c-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)