
Sulit
5 tahun
Empty Sella Syndrome
Saya berusia 36 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Pada bulan 10/ 2018 saya telah disahkan terkena Empty Sella Syndrome dan pemeriksaan darah, contras serta MRI telah dibuat di 3 hospital berbeza. Namun result tetap sama. Hari demi hari masalah kesihatan saya semakin merosot dengan sakit badan berpanjangan, kaki terasa berat utk bergerak, penglihatan terganggu dan imej dilihat bergerak- gerak. Memori saya juga seperti agak slow dan saya tak dapat ingat perkara yg baru berlaku. Adakala saya melihat tetapi otak tidak dapat mengesan apa yg saya lihat. Perkara ini membimbangkan saya. Apa yang perlu saya buat untuk rawatan yang lebih baik. Pakar neuro dan endocrine juga ada memberitahu saya yang penyakit ESS ini agak rare dan saya sudah letih untuk keluar masuk hospital. Adakah penyakit ini tiada ubat penyembuhan? Bantu saya untuk lebih lanjut… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “Empty Sella Syndrome” ini sememangnya sangat jarang berlaku dan punca juga sukar dikesan. “Sella turnica” adalah tempat dimana kalenjar pituitari sepatutnya berada dan “ESS” bermaksud kalenjar tersebut samada tiada ataupun sedang mengecut. Kesannya ialah ia akan mengganggu penglihatan kerana kalenjar ini terletak diantara dua mata serta fungsi hormon.
Anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah serta rawatan yang disyorkan oleh doktor pakar anda bagi mengawal simptom dan kemungkinan pembedahan. Oleh sebab perkara ini sangat jarang berlaku dan serius, anda sebaiknya mengikuti rawatan yang disyorkan oleh pihak hospital dan tidak mengambil sebarang ubat atau suplemen tanpa pengetahuan doktor anda kerana ia boleh mengganggu proses rawatan. Sekian.