Sulit
2 tahun
Erection Distilefunction
Tiada ereksi pagi, susah mencapai tahap ketegangan maksimal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dihadapi boleh disebabkan banyak faktor seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Bagi mengatasi masalah mati pucuk atau ED, beberapa langkah boleh dilakukan seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawalan penyakit kronik
- Pengambilan ubat-ubatan - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Masalah air mani tidak keluar boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- masalah psikologi
- masalah saraf
- kencing manis
- saluran tersumbat
- kekurangan hormon testosteron
- kekurangan air mani akibat ketidaksuburan
- Retrograde ejaculation (dry ejaculation) adalah kondisi dimana air mani tidak keluar dari zakar, tetapi memasuki pundi kencing.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.