Sulit
13 hari
Apakah kesan apabila mengalami demam denggi?
Kesan pengambilan vaksin denggi di Malaysia
13 hari
Selamat pagi, terima kasih atas pertanyaan yang diberikan.
Demam denggi boleh memberi kesan yang serius kepada individu yang terkena jangkitan denggi, termasuklah rasa letih yang teruk, kehilangan selera makan, dan mengalami kesukaran untuk tidur. Dalam kes yang lebih serius, demam denggi boleh menyebabkan komplikasi seperti denggi berdarah, yang boleh membawa kepada pendarahan berbahaya, penurunan jumlah platelet (palet darah), dan masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Oleh itu, sangat penting untuk mencari rawatan perubatan segera jika mengalami gejala demam denggi untuk mengurangkan risiko komplikasi yang serius. Anda juga boleh dapatkan vaksin untuk denggi yang kini berada di pasaran Malaysia; vaksin denggi Qdenga.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.