![](https://www.doctoroncall.com.my/tanyadoc/letter_avatar/adriana84/90/5_6bca9977b612b7aeef77ba1ec1cd67b3.png)
Sulit
3 bulan
Berapa lama perlindungan yang diberi oleh Qdenga dan Dengvaxia?
Hai, saya nak tanya tentang berapa lama perlindungan yang boleh diberikan oleh vaksin Dengvaxia dan Qdenga?
![](https://www.doctoroncall.com.my/tanyadoc/user_avatar/doctoroncall.com.my/drramzdhan/90/19_1.png)
3 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin Dengvaxia memberikan perlindungan yang berkekalan bagi individu yang diimunisasi selama beberapa tahun selepas pemberian dos pertama tetapi keberkesanannya tidak sebaik Qdenga. Tambahan pula, terdapat risiko kesan sampingan yang perlu diambil kira.
Manakala, Qdenga pula mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi sehingga 86.4% dimana vaksin Qdenga telah berjaya menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut. Namun begitu, keberkesanan jangka panjangnya masih dalam penyelidikan.
Terima kasih atas pertanyaan, semoga ini menjawab pertanyaan anda.
Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Vaksin Denggi Qdenga!