Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Fatty liver, diabetes dan kolestrol

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2021 9:37 PM

Sulit 49 hari

Doc, saya wanita berumur 33 tahun. Pada bulan ogos lepas sy disahkan ada diabetes bacaan hba1c 7.2, kolestrol bacaan 7 dan fatty liver bacaan agak tinggi. Jadi doc ada memberikan saya ubat metformin 850mg untuk 2x sehari dan crestor 20mg sehari sekali. Tp lepas sy makan ubat2 tersebut kaki dan tangan saya selalu sakit2 mencucuk dan badan saya jadi lemah… Sy bertahan utk sebulan dan sy buat ujian gula, bacaan sy pada masa itu turun kepada 5.6 utk diabetes dan 2.8 bacaan kolestrol, doc tersebut menurunkan dos ubat kepada 500mg metformin dan 10mg Station (ubat kolestrol) doc beritahu saya tak boleh tggl ubat2 tersebut utk memastikan saya sembuh dari fatty liver tetap sakit mencucuk dan lemah2 badan tu tetap tidak hilang. Saya bekerja dan perlu aktif utk aktiviti hari an saya. Bantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit mencucuk seperti kesemutan pada kaki dan tangan, dan kelemahan badan, boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya penyakit fatty liver atau mungkinnya kesan sampingan ubat anda.

Fatty liver boleh menyebabkan penurunan penyerapan vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 pula akan menyebabkan masalah gangguan saraf (peripheral neuropathy), memberikan gejala anda mengalami tersebut. Walaupun jarang, ubat anda juga boleh menyebabkan kesan yang sesama.

Oleh itu, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan lanjut supaya dos ubat anda boleh disesuaikan atau ditukar.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.

Dikemaskini pada: Tue Oct 19 2021 21:37:19 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19