Sulit
2 tahun
Feel stomach cramp on left side
Hi doctor, saya seorang wanita. Saya nak tanya, semenjak beberapa hari ni saya rasakan seperti cramp perut lebih2 lagi di bahagian kiri perut. Saya rasa seperti urat menegang di bahagian perut tapi tak terlalu sakit cuma kurang selesa di bahagian perut. Dan pinggang pon mula rasa lenguh sikit sahaja. Saya tidak demam, batuk, selsema dan najis saya pon okay sahaja tidak berdarah dan sebagainya. Untuk pengetahuan saya mempunyai asthma, dan juga scoliosis. Tetapi saya juga cepat anxiety dalam sesuatu perkara. Jadinya sekarang ni saya confused sama ada perkara ketidakselesaan perut tersebut adalah perkara biasa ataupun saya yang terlampau takut. Harap doctor beri penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit abdomen pada bahagian kiri hingga ke pinggang. Anda juga ada sejarah penyakit asma serta skoliosis. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bahagian abdomen dipenuhi dengan pelbagai organ dalaman manusia. Oleh itu, terdapat banyak penyakit yang mempunyai simptom seperti anda nyatakan. Contohnya adalah:
- Batu karang
- Jangkitan pada salur kencing
- Masalah muskuloskeletal (otot dan sendi)
- Cakera teranjak (Slipped disc)
- Postur badan yang tidak betul
- Divertikulitis
- Kehamilan ektopik
- Ovarian cyst
- Kilasan ovari (Torsion of ovary)
- Stress
Sepertimana di atas, pelbagai penyakit boleh menyebabkan simptom yang anda alami. Senarai ini hanya diagnosis umum bagi situasi anda. Langkah awal yang boleh anda ambil adalah amalkan cara hidup sihat dengan bersenam, makanan berkhasiat dan jauhi perkara yang sering menyebabkan kesakitan tersebut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.