
faraemiza
4 tahun
Flavettes vitamin c utk pesakit kidney
boleh ke ibu saya amik vitamin c ni? dia pesakit kidney…saya ada baca redoxon tidak boleh makan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Vitamin C adalah nutrien penting dalam diet kita. Ia mempunyai banyak peranan penting dalam fungsi imun badan kita. Namun, ibu anda perlulah berbincang akan keperluan pengambilan Vitamin C dengan dos yang bersesuaian bersama doktor.
Hal ini kerana, buah pinggang merupakan organ untuk menyahkan bahan kumuhan. Justeru, jika kandungan Vitamin C ini terlalu banyak dalam badan, ia akan menyebabkan lebihan vitamin c ini menghasilkan batu karang pada buah pinggang.
Seperti yang anda maklumkan, ibu anda mengalami masalah buah pinggang dan kami risau jika keadaan ini menyebabkan buah pinggang ibu anda tidak berfungsi secara optima dalam menapis sisa kumuhan badan termasuklah vitamin.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.