Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Fungsi pill perancang yasmin

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 1, 2020 9:53 AM

fakrulhakeem96.fh 6 bulan

Saya telah melakukan hubungan intim dengan isteri 3 hari lepas…adakah masih lagi boleh menggunankan pill perancang ini pada hari ke 3?..dan jika terlewat makan pill ini apa akan terjadi?..sebab kami tidak lagi mahu mendapatkan anak buat masa sekarang

Dr Ramzdhan 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami

Berikut adalah tips menggunakan pil yasmin:

  • Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.
  • Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
  • Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.

Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jul 01 2020 09:53:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang perancangan keluarga secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Waktu terbaik makan pil clomid Saya wanita tahun…hari keberapa waktu terbaik makan pil subur clomid?doktor saya kata hari ke5 haid.adakah benar? Baca lagi...
28 hari
Sulit
Nak tukar perancang Sya mkn perancang mercilon…dh 8 bulan…period sebelum nie ok…tp 2 bulan ini period sya hanya keluar darah sedikit…mcm period sya tdk teratur…adakah itu perkara biasa atau sya perlu menukar peranc… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Pil perancang elak dari kanser barah dan jika ada cyst payudara adakah boleh makan pil perancang? apakah ubat perancang yg sesuai untuk yg tak membahayakan kesihatan? kalau perancang kat klnik kesihatan risiko sikit kan? saya nak cari kat farmasi. tolong suggest yang mana ok. sebelum ni sy c… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Keperluan Penyegah Kehamilan Saya wanita berumur 52 Tahun pada 18 April 20201 ini dan merupakan wanita berkerjaya. Saya baru sahaja berkahwin pada Disember 2020. Saya tidak berhasrat untuk hamil memandangkan usia yang telah… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Masalah berkaitan pil perancang Saya wanita berumur 20 an dan saya termiss makan pil perancang paket yg baru selama 5hari…bolehkah saya makan seperti biasa dan berapa lamakah masa untuk pil itu berkesan ke atas tubuh saya ? Te… Baca lagi...
3 hari