Sulit
3 tahun
Gangguan pernafasan & panas dalam
Saya wanita berumur 35tahun.dalam beberapa hari ini, saya merasa bahagian dalam badan saya panas sehingga tekak rasa pahit. Saya juga merasa bahawa pernafasan saya sedikit terganggu kerana ada masa2nya saya merasa dada seperti ditekan Dan saluran pernafasan sedikit sempit.untuk pengetahuan,saya tidak demam cuma kadang2 batuk bagi melegakan rasa sesak dada terse but. Situasi saya tidak la parah cuma sedikit panik sebab saya tidak pernah mengalami sebelum ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.