
Anonymous
6 tahun
Gastric and anxiety
Saya wanita berusia 22 tahun. January lepas saya ke hospital jam 5 pagi cause i thought that im having heart atttack . My hands sweating . Jantung berdegup laju . Both legs kebas . Then the doctor did ecg and the result was fine . Cuma bp 141/87 . Then doctor bagi saya tramadol and balm sebab dia rasa just muscle injury . Two weeks after saya pergi lagi ke hospital sebab rasa dada ketat , shorten breath and pening . Doctor buat ecg memandangkan saya sukar untuk bernafas secara normal . Result tidak menunjukkan jantung saya bermasalah . Few days later saya pergi klinik biasa . Then saya ceritakan apa yang saya alami and the doctor said that saya gastric thats why saya rasa berdebar debar and muntah masam masam and susah sendawa . So doctor bagi saya magnesium untuk bantu kurangkan sakit . Lepas ubat habis saya pergi ke klinik kesihatan untuk dapatkan ubat yang sama . Doctor di klinik berkenaan bagi saya suntikan dan ubat. Saya masih rasa tidak selesa dan sukar untuk bernafas . Pergerakkan saya terbatas sebab saya jadi cepat penat dan jantung saya akan jadi laju kalau banyak pergerakkan

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda telah mendapatkan ujian jantung dan mendapat keputusan yang normal. Doktor juga berpendapat bahawa anda mengalami gastrik. Sememangnya simptom yang anda hadapi seiiring dengan diagnosis tersebut.
Selain itu, masalah gastrik, cepat penat dan jantung laju apabila banyak bergerak boleh berpunca daripada tubuh yang jarang bergerak aktif. Sekiranya anda merupakan seorang yang kurang bersenam, lebih banyak duduk dalam aktiviti seharian, atau mempunyai masalah berat badan, masalah ini boleh terjadi kepada anda.
Anda disarankan untuk mengamalkan hidup sihat, dengan pemakanan sihat dan banyak melakukan aktiviti fizikal. Jika anda masih risau dengan masalah anda, atau simptom yang anda hadapi semakin teruk atau menyebabkan masalah lain serta menggangu kehidupan anda, sila rujuk semula kepada doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.