Sulit
4 tahun
Gastric chronic / hernia
Hi doc, saya telah didiagnos hiatal hernia dan antral gastritis oleh doc pakar dengan OGJ 35cm . Pada minggu hadapan saya akan ada follow up lagi. Adakah saya akan dibedah ? Apakah yg harus saya lakukan untuk mengurangkan rasa gastric yg masih ada semasa saya bangun tidur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, untuk mengurangkan gejala gastrik, anda boleh lakukan perkara ini:
- Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
- Mengambil ubat gastrik
- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok
- Elakkan dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan gejala seperti makanan pedas, terlalu masam, bergoreng atau berlemak
Mengenai keperluan untuk dibedah atau tidak, perkara ini bergantung kepada penilaian doktor yang merawat anda untuk penyakit berkenaan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.






























