
Sulit
4 tahun
Gastrik angin perut, pening dan gerd
Saya telah alami lebih 18 tahun sejak tahun 2002.
Telah 2 kali scope pada 2017 & 2019 Pernah alami kemerahan perut. Sekarang sudah 2 kali masuk hospital swasta .2 Minggulepas angin teruk, rasa muntah dan panas perut. minggu lepas kena gerd, pening sangat kepala dan panas perut.2 hari lepas mula kena perut kembung keras, panas dan sakit dibahagian pusat, rasa senak perut ke dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Penyakit GERD
- Gastrik
- Penyakit jantung
- Penyakit berkaitan muskuloskeletal
Untuk menegtahui punca sebenar, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal perlu dilakukan di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan dan rawatan lanjut sekiranya hal ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.