
Sulit
4 tahun
Gastrik tak sembuh2 lagi
Saya ada gastrik dari bulan lepas menyebabkan saya pedih ulu hati,sesak nafas dan perut pedih tetapi smpi sekarang saya masih lagi tk boleh makan lambat .dari awal saya gastrik smpi sekarang saya masih kena makan setiap 3 jam.setau saya org gastrik ni sembuhnya sekejap je knapa saya tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit gastrik berlaku apabila berlaku keradangan lapisan dalam perut akibat hakisan asid. Fenomena tersebut mungkin kerana lapisan lendir yang kurang atau penghasilan asid perut berlebihan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Penyakit gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut) atau secara progresif (gastrik kronik).
Faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan atau memudaratkan penyakit gastrik kronik ini adalah seperti:
- Merokok
- Usia yang lanjut
- Stres yang berlebihan
- Keturunan keluarga
- Sering mengambil makanan yang pedas
- Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
- Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit
Perubahan gaya hidup adalah penting untuk pesakit gastritis. Contohnya:
- Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
- Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
- Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
- Kawalan stress yang baik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar gastroenterologi atau family medicine specialist kerama mereka lebih arif dalam masalah sistem penghadaman.Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau (specialist booking) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.