
Sulit
3 tahun
Gatal celah kelengkang
Saya berusia 56 tahun telah menghadapi gatalgatal celah kelengkang yang amat sangat kulit kelengkang kering dan berwarna hitam
Kulit kering hingga melibatkn dibibir kemaluan saya
Macam2 telah sya belibdan sapu tp saya amat malu nak jumpa doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kegelisahan anda berkenaan gatal celah kelangkang yang disertai kekeringan dan berwarna hitam. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya kawasan lipatan kulit berisiko tinggi mengalami iritasi akibat geseran di antara kulit peha atau pakaian dalam yang lama-kelamaan menyebabkan perubahan warna kulit sekitarnya menjadi lebih gelap.
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- jangkitan yis
- acanthosis nigricans
- psoriasis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.