
Sulit
3 tahun
Gatal gatal selepas vaksin dos pertama pada 4/8/2021 p,fizer
Assalamualaikum…saya Izzatie berusia 25 sedang mengandung…usia kandungan 4bulan nak masok ke 5bulan Pada 4/8 saya mengambil vaksin dos pertama p,fizer selepas 4jam saya Mula tumbuh bintik bintik gatal pada kedua peha saya …saya ingat gatal biasa …saya pun x cegah …sampai sekrang bintik bintik dh mula naik ke perut Dan payu Dara …badan belakang saya x pasti sebb x dpt melihat…jadi ape yg patut saya lakukan setiap malam gatal gatal semakin menganas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini