
Sulit
3 tahun
Gatal leher tapi tidak selesema or demam
Sy wanita 20an mgalami gatal leher kali kedua dan telah berjmpa dr. Mcm biasa sy kena allergic. Mmg symptom allergic adalah gatal leher?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Reaksi alahan
- Kulit sensitif
- Ekzema
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Untuk pengetahuan anda, reaksi alahan bukan sahaja tertumpu kepada gatal-gatal di bahagian leher sahaja. Berikut merupakan beberapa gejala yang boleh dialami oleh individu yang mengalami alahan:
- Timbul ruam
- Mata merah
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar
- Gatal-gatal kulit (bahagian tertentu atau seluruh badan)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang jenis ubat tanpa nasihat daripada doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.