Sulit
5 tahun
Gatal seluruh badan seperti belakang badan, tengkuk, dan kulit kepala terutama pada wal pagi, selepas mandi dan petang. Saya ingin tahu puncanya dan apakah yang saya patut buat
Saya wanita berusia 41 thn… Kebelakangan ini sy sering alami-gatal-gatal di badan termasuk kulit kepala.apakah puncanya dan rawatan yang terbaik.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gatal di badan.
Maklumat yang anda berikan adalah sangat umum, saya memerlukan bertanyakan persoalan yang lebih lanjut bagi mengetahui keadaan anda. Badan gatal mungkin disebabkan oleh:
- Eczema
- Alahan kepada air yang tercemar
- Alahan kepada produk mandian
- Kebersihan badan yang tidak memuaskan
- Jangkitan mikroorganisma
- Penyakit kronik
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya gejala gatal yang anda alami berterusan dan mengganggu aktiviti anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.


































