Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal tekak, batuk dan pedih ulu hati

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 28, 2020 10:20 AM

Sulit 2 bulan

Saya wanita 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar dengan sepenuhnya dan masih rasa tak selesa. Dan saya dapati makan ubat itu membuat kan sy mendapat pedih ulu hati. Bahagian dada rasa tak selesa lebih-lebih lagi bila nak tidur. Adakah betul ubat itu memberi sy kesan yang sebegitu?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:

  • Masalah asid refluks atau GERD
  • Masalah gastrik
  • Ulser perut
  • Stress
  • Hiatus hernia

Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami. Cetrizine boleh juga menyebabkan masalah sakit perut.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 10:20:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Asid Refluks dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Mengalami Pedih Ulu Hati Selamat petang, Saya mengalami pedih ulu hati sejak 3 hari yang lalu. apakah ubat yang boleh meredakan ketidak selesaan yang saya alami? Baca lagi...
3 bulan
hamb6050
Ubat sembeli Lactulose ganggu ubat dexilant, simtom gerd kembali Hi, sy lelaki berumur 26 tahun. saya asa GERD dan dah ambil dexilant selama 12 hari, sejak ambil dexilant semua simtom mcm loya, kerap sedawa, pening, sesak nafas, semua da berkurang tetapi 2 hari l… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Masalah muluy rasa pedas dan masam naik ke kerongkong dan tulang dada sya sakit di tengah dada Salam doktor…sya ade mengalami masam di mulut, rasa pedih di tekak, mual, muntahkan makanan yang dimakan dan selalu kentut… Boleh terangkan kepada Baca lagi...
43 hari
Sulit
Ingin tahu tempat check out Salam sejahtera dok… Sya nak tanye ni… Saye ade asam lambung atau GERD… Perlu ke sya pergi klinik ataupun ke hospital terus untuk check… Tapi keluarga saye tak saran kan saye ke hospital buat ma… Baca lagi...
52 hari
Sulit
Gatal tekak, batuk dan pedih ulu hati Saya wanita 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi