Sulit
6 tahun
Gejala batuk dan sakit tekak tiga hari yang lalu
saya wanita berumur 31 tahun yang mengalami sakit tekak dan batuk sejak 3 hari yang lalu…saya sedikit bimbaang dan perlu kah saya menjalani ujian saringan Covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Bagi mengetahui keperluan bagi anda melakukan ujian COVID-19, risiko haruslah diketahui terlebih dahulu. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun begitu, selain COVID-19 gejala anda juga boleh disebabkan oleh masalh lain seperti:
Jangkitan bakteria atau virus
Pneumonia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/





























