
Sulit
5 tahun
Gejala-Gejala Covid-19
Pertanyaan saya seperti berikut:
Seperti yang dimaklumkan sewaktu awal jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah seperti demam (suhu lebih 37.5), batuk, sakit tekak, cirit birit, sakit badan, sakit kepala dan kesukaran bernafas. Sekiranya saya hanya cirit-birit atau hanya sakit kepala, adakah saya boleh terus pergi untuk membuat saringan?
Sekiranya tidak, apa yang perlu saya lakukan?
Apakah gejala yang membolehkan saya membuat saringan?
Mohon bantuan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim ialah:
- Demam
- Keletihan
- BAtuk Kering
Segelintir pesakit pula menunjukkan simptom-simptom seperti berikut:
- Lenguh dan sakit badan
- Hidung tersumbat
- Selsema
- Sakit tekak
- Cirit-birit
Oleh kerana simptom-simptom ini tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19, maka penilaian risiko adalah penting untuk membuat keputusan sekiranya anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini