
Sulit
3 tahun
Gelap mata dan sedikit pening bila berdiri dari baring atau duduk
Saya wanita berusia 28th, saya mengalami gelap mata dan sedikit pening setiap kali bangun dari duduk dan baring… dan jika berdiri terlalu lama pun saya akan mudah nak pitam. Kenapa ya?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda mengalami masalah gelap mata, pening dan mudah nak pitam apabila bangun dari posisi duduk atau baring. Kami tidak dapat memberikan diagnosis yang tepat untuk anda, tetapi kami akan menyenaraikan punca-punca yang boleh dipertimbangkan sebagai penyebab masalah anda.
Antaranya :
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Dehidrasi
- Masalah jantung
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.