
Sulit
5 tahun
Gelap mata ketika bersukan
Doktor, sejak akhir-akhir ini saya sering mengalami keadaan seperti ‘gelap mata’ dan disertai dengan berpeluh dingin, telinga berdengung, tangan menjadi kebas dan sejuk serta lemah anggota kaki semasa melakukan aktiviti mendaki. Utk makluman Dr, sebelum ‘gelap mata’ ni attack, jantung saya akan berdegup dengan sangat pantas. Masalah ini telah berlaku beberapa kali sejak belakangan ini dan menyebabkan saya tidak mampu menamatkan pendakian saya. Setelah pulih, saya akan mengalami sakit kepala dan sakit pada bahagian belakang badan sepanjang hari. Adakah keadaan ini perlu kepada pemeriksaan lanjut dan sekiranya perlu, bilakah masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan sama ada ketika sedang sakit, atau pada bila-bila masa sahaja. Dan sekiranya keadaan ini tidak berbahaya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Selain timbul sewaktu mendaki, sebaiknya kenalpasti jenis aktiviti fizikal lain yang juga boleh mencetuskan keadaan ini. Tambahan pula, adakah anda hilang kesedaran sewaktu ‘gelap mata’ terjadi dan pernahkan anda didiagnosis dengan sebarang masalah kesihatan sewaktu kecil.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.