Sulit
3 tahun
Gerd, panas sejuk, tekak pahit
Sy berasa panas kadang2 smpi berpeluh… lepas berpeluh sy rasa sejuk… kemudian rasa panas n tak selesa bahagian atas perut… sebelum ni sy ada selesema n tekak tak selesa… dah makan ubat n dah ok… kecuali batuk kadang2 berkahak warna putih… boleh doktor terangkan apa masalah sy ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut simptom-simptom yang anda alami sejak kebelakangan ini, masalah anda lebih berkait dengan penyakit refluks esofagus (GERD) yang disebabkan oleh asid perut yang naik ke atas melalui esofagus sehingga ke kerongkong. Gejala terasa panas pada bahagian atas perut boleh disebabkan oleh asid yang tengah naik ke esofagus, iaitu salur pemakanan anda. Gejala refluks asid ini selalunya berpunca daripada injap esofagus dan perut yang lemah, dan menyebabkan asid tersebut mudah untuk naik ke kerongkong. Injap ini berfungsi bagi mengelakkan isian asid perut untuk terkeluar dari halaman perut. Kesihatan injap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
- Obesiti
- Kehamilan
- Bahagian perut yang terkeluar melalui lubang diafragma
- Penyakit tisu
- Merokok
- Tabiat makan makanan terlalu berat atau makan pada waktu malam (sebelum tidur)
- Minuman alkohol atau kopi
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi menangani masalah GERD ini kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti ulser esofagus dan juga kanser esofagus.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.