
rajamuhammadfared
5 tahun
GERD & Post-nasal drip
Saya lelaki berusia 28 tahun pada minggu lepas sy menerima rawatan dari pusat pakar ent mengatakaan sy menghadapi GERD, Cuma symptom-symptom GERD sudah berkurangan, sekarang sy menghadapi masalah post-nasal drip pula, adakah dua penyakit ini berkaitan? dan bolehkah doktor cadangkan ubat dan diet yg perlu sy lakukan untuk berhenti atau mengurangkan dari symptom post-nasal drip ini? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah GERD atau asid refluks boleh menyebabkan gejala post nasal drip akibat iritasi asid pada bahagian atas esofagus. Ia juga boleh menyebabkan gejala batuk yang berpanjangan jika berterusan.
Namun begitu, masalah post nasal drip juga boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- Selsema
- Alahan
- Radang sinus
- Kesan sampingan sesetengah ubat-ubatan
Post nasal drip boleh dikurangkan dengan merawat masalah asid refluks anda jika ia penyebabnya. Bagi masalah lain seperti selsema dan alahan, ia dirawat dengan pengambilan ubat tertentu dan juga penggunaan nasal spray bagi mengurangkan radang dan rongga yang tersumbat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma, atau klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.