
Sulit
5 tahun
Gigi berlubang dan gusi bernanah dan sedang hamil 3 bulan
Hi Doktor, saya atiqah dan sedang hamil 3 bulan. Saya mengalami gigi berlubang dan gusi bernanah. Saya sudah berjumpa doktor gigi dan diberi antibiotik (Betamox Amoxycilin). Saya ingin bertanya, adakah selamat antibiotik yang diberikan kepada saya? Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan saya akibat ubat dan juga kuman daripada nanah tersebut. Gigi berlubang dan gusi yg bermasalah tersebut adalah terletak pada bahagian atas belah kanan di tengah.Saya sudag makan ubat yang diberikan tetapi nanah tetap ada. Saya mohon doktor boleh menjawab pertanyaan saya. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, Amoxycilin selamat diberi kepada wanita hamil dan tidak memberi kesan kepada kandungan.
Bagi masalah nanah, kebiasaanya antibiotik memakan masa 24 jam untuk berfungsi. Puan dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik yang diberi oleh doktor.
Sekiranya puan menghadapi masalah, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.