
Sulit
5 tahun
Gigi berlubang dan pecah
Hi, saya berumur 24 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian swasta… Saya gemar mengambil minuman manis dan sekurang2 nya sehari sekali… Beberapa bulan yang lalu, ketika saya sedang memberus gigi, saya dapati terdapat sebuah lubang dan gigi saya… Saya panik apabila saya sentuh lubang tersebut, sebahagian gigi tersebut seakan telah pecah dihujungnya… Soalan saya, apakah yang harus saya lakukan terhadap gigi tersebut? Adakah perlu tampal atau cabut gigi tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan samada untuk menampal atau cabut gigi anda perlu dilakukan oleh doktor gigi anda. Hal ini kerana ianya memerlukan pemeriksaan dahulu sebelum keputusan boleh dicapai. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk konsultasi selanjutnya. Sekian.