Sulit
3 tahun
Gigi di tampal sakit dah muka bengkak dan demam
Gigi belah kanan atas hujung sakit gigi tersebut dah tampal sejak dua tahun lepas. sakit gigi datang secara tiba tiba. say dah pergi klinik biasa and doktor cuma bagi ubat tahan sakit 2jenis antibiotic dan ubat demam saja. muka saya semakin bengkak. adakah saya perlu berjumpa doktor lagi. atau perlu habiskan kesemua ubat dahulu.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah sakit pada gigi dan bengkak gusi boleh dikatakan amat kerap dialami pesakit. Ubat tahan sakit boleh mengurangkan kesakitan namun, ia hanya bersifat sementara. Rawatan sebenar adalah bersesuaian dengan punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala-gejala tersebut. Antaranya:
- gigi kembali berlubang
- keradangan gigi
- abses gigi
- gigi bernanah
Namun begitu, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor gigi bagi mengetahui sebab sebenar sakit gigi anda dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai. Saya sarankan anda terus berjumpa dengan doktor gigi dan mendapatkan pandangan mereka kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.