
Sulit
3 tahun
Gigi geraham belakang sekali sebelah kiri. Saya dapati bentuk gigi geraham saya seakan terpusing ke arah gigi geraham di hadapannya
Dan antara gigi geraham ketiga belakang dengan gigi geraham kedua keadaannya macam berlubang. Jika saya makan daging atau ayam akan tersangkut lebihan isi di situ. Hari ini saya berasa di gigi geraham belakang sekali nyilu dan macam tertekan ke dalam. Bantu saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit/ngilu pada gigi geraham yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit gigi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- gigi berlubang
- jangkitan kuman
- kerosakan akar gigi
- trauma gigi & gusi
- atau gangguan yang lain
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor gigi di klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapat penerangan lebih lanjut. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.