
Sulit
4 tahun
Gigi geraham & braces
Hi. Saya nak tanya. Kalau 1 daripada gigi geraham kita dicabut, adakah masih boleh pakai braces?
Adakah syarat pakai braces perlu ada dua geraham kanan dan dua geraham kiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara tersebut. Untuk makluman anda, maklumat tambahan mengenai kesesuaian untuk anda memakai pendakap gigi/ braces adalah diperlukan dan dinilai oleh doktor yang merawat anda. Hal ini kerana setiap pesakit mempunyai perancangan cabutan gigi yang berbeza. Ianya ditentukan oleh doktor yang memeriksa. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi membincangkan kesesuaian rawatan yang diperlukan anda.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.