
Sulit
5 tahun
Gigi kacip bahagian atas ade bengkak
Saya berumur 18 tahun bende ni berlaku pada umur 17 tahun … Pada awal nye dia bengkak kecil di bahagian atas gigi kacip dan mula pecah sendiri atau saye paksa dia pecah kemudian ia keluar darah atau nanah mungkin .kemudian berlarutan sampai ke bahagian belakang gigi kacip bahagian atas … Semakin lama semakin besar … Bila ia pecah darah akan keluar di bahagian atas gigi kacip hadapan … Apa perlu saya lakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pemeriksaan gigi dan gusi adalah penting dalam mengenalpasti masalah serta memberikan rwatan yang bersesuaian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.