
shamimiazura
5 tahun
Gigi masih sakit selepas tampal
Saya pergi klinik kerajaan buat tampalan gigi saya yg berlubang kenapa masih rasa berdenyut denyut selepas buat tampaln ? Ada tak cara hilang kan rasa sakit tu ? Perlukah saya mengambil ubat tahan sakit ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gigi mempunyai sistem saraf yang akan merasakan perasaan sakit. Tampalan gigi melibatkan proses yang akan menyakitkan gigi dan proses keradangan yang berlaku selepas prosedur tersebut juga akan menyebabkan kesakitan. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit sekiranya sakit ini mengganggu aktiviti seharian anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.