
Sulit
5 tahun
Gigi rosak n memerlukan bantuan
Saya ade mslh gigi berlubang. Pada bhgn yg berlubang tu saya rasa mcm gusi membengkak mungkin cbb saya gosok gigi terlalu kuat.ia membengkak kdg kala mengeluarkan cairan cair warne putih. Tak sakit tp ia mudah berdarah bila disentuh. Ada care x nk surutkan bengkak tu? Ia memganggu saya. Rasa xselesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang gusi
- gusi dijangkiti kuman
- gusi bernanah
Rawatan adalah berdasarkan punca masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.